Pengenalan

Malaysia mempunyai Pelan Strategik ICT Sektor Awam (PSICTSA) 2016-2020 yang menggariskan hala tuju strategik pelaksanaan ICT Sektor Awam. Ia memberi penekanan kepada kecekapan, produktiviti dan inovasi ICT bagi tujuan mengoptimumkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Namun, hasil kajian oleh MAMPU telah mengenalpasti beberapa kekangan sediada dikalangan personal ICT sektor awam. Maka kerajaan telah menggariskan Rangka Kerja ICT Sektor Awam meningkatkan kompetensi dan kepakaran anggota kakitangan ICT selaras dengan kemajuan teknologi dan bidang baharu ICT.

Oleh itu, persidangan ConFIG Malaysia ini diwujudkan bagi menyokong usaha kerajaan dalam menggalakkan transformasi digital di kalangan sektor awam. Persidangan ini merupakan kelangsungan kerjasama di antara beberapa agensi kerajaan dan syarikat swasta yang terlibat.

Latar Belakang ConFIG Malaysia

Kerajaan Malaysia berhasrat untuk merealisasikan wawasan untuk memacu sektor teknologi dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat, serta memberi sumbangan yang besar serta impak kepada visi Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Oleh itu, kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat telah diseru untuk melaksanakan polisi ‘Utamakan Digital Berfokuskan Rakyat’ sepertimana yang digariskan Pelan Tindakan Transformasi Kerajaan Digital (Digital Transformation Action Plan) yang dikeluarkan oleh MAMPU.

Bagaimanapun, hasil kajian Pelan Strategik ICT Sektor Awam 2016-2020 telah mengenalpasti beberapa kekangan sediada di kalangan sektor awam. Antaranya:
● Kakitangan ICT kurang kemahiran
● Kemahiran tidak dikekalkan di agensi akibat pertukaran/kenaikan pangkat
● Pembangunan aplikasi secara adhoc/reactive
● Aplikasi Kementerian/Agensi masih silo dan kurang integrasi
● Sumber dan kepakaran ICT tidak dikongsi

Menurut Rangka Kerja ICT Sektor Awam, kerajaan berhasrat untuk meningkatkan kompetensi dan kepakaran personel ICT selaras dengan kemajuan dan bidang baru ICT.

Maka persidangan ini diwujudkan untuk menyokong usaha kerajaan dalam menggalakan transformasi digital di kalangan sektor awam.

Objektif ConFiG Malaysia

Objektif utama persidangan ConFIG Malaysia ialah:

● Menyokong usaha kerajaan dalam menggalakkan transformasi digital di kalangan sektor awam.
● Memperkenalkan teknologi digital terkini kepada wakil-wakil agensi kerajaan.
● Meningkatkan tadbir urus ICT dalam agensi-agensi kerajaan.
● Mendedahkan skil-skil dan kemahiran berkaitan pembangunan teknologi.
● Menjadi platform bagi merapatkan hubungan serta perkongsian idea di antara peminat teknologi.
● Mengenal pasti cabaran dan penyelesaian di dalam pelaksanaan inovasi digital.
● Menerima pakai serta menyesuaikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pembangunan teknologi.
● Menjadi forum untuk perkongsian pengalaman dan pengetahuan berkenaan teknologi digital.
● Menggalakkan kolaborasi serta interaksi di antara agensi yang berbeza.

Format Persidangan

Persidangan ini adalah berbentuk perkongsian dan merangkumi:
● Pengenalan Teknologi-teknologi
● Pendedahan Skil-skil dan Kemahiran
● Pengajaran Teknik-teknik dan Tips
● Perkongsian Pengalaman

Ia memberi peluang kepada para peserta untuk berinteraksi dan berkongsi kemahiran,
pengetahuan, serta pengalaman yang berkaitan.

Topik-topik Persidangan

Topik-topik yang akan dibincangkan sepanjang persidangan adalah berkenaan teknologi-teknologi yang berkaitan:
● Laman Web & Portal
● Sistem & Aplikasi Berasaskan Web
● Aplikasi Mudah Alih (Mobile App)
● Pangkalan Data (Database)
● Data Raya (Big Data)
● Server & Hosting
● Perkomputeran Awan (Cloud Computing)
● Penilaian & Peningkatan Sekuriti
● Perkhidmatan Atas Talian (Online Services)
dan lain-lain topik mengikut kesesuaian.

Hubungi Kami

Alamat

Sekretariat ConFIG Malaysia 2018

100-1 Jalan 2/23A

Taman Danau Kota

53300 Setapak, Kuala Lumpur

Telefon : 03-4143 0572

Lebih 100 peserta telah mendaftar

Sertai kami di ConFIG Malaysia 2018!

Beli Tiket